BAHASA MELAYU BAHASA CINTA...PERIBAHASA HARI INI> BAGAI ENAU DALAM BELUKAR ,MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING

PENULISAN

Views



nota ringkas penulisan UPSR




BAHASA MELAYU BAHAGIAN C




Soalan BM Bahasa Melayu Penulisan Tahun 3


LANGKAH-LANGKAH MENJAWAB BAHAGIAN C

1.  Baca arahan dengan teliti
2.  Baca bahan rangsangan (teks) dengan teliti dan cuba fahami.
3. Baca kali kedua :

   a.  Baca ayat demi ayat dan tandakan ayat yang mengandungi nilai baik yang boleh dicontohi (nilai murni)
        dan catatkan nilai murni
   b.  Nilai murni yang terdapat dalam teks (tertera) tidak boleh ditulis semula di dalam jawapan.
   c.  Cari sebanyak yang mungkin
   d.  Pilih lima (ikut arahan)

 4.    Tulis jawapan :

       - Satu nilai murni satu ayat
       - Mulakan ayat dengan:

a)     Ayat pertama -  kita mestilah ......
b)     Ayat kedua - kita sepatutnya ......
c)     Ayat ketiga -   kita haruslah ......
d)     Ayat keempat -   kita dikehendaki ......
e)     Ayat kelima - kita sewajarnya

Cadangan Struktur Ayat

Penanda Wacana                 Kata Bantu                     Nilai Murni                  Huraian / Contoh

Antaranya ......                    kita mestilah.....               penyayang                   pergi sekolah bersama adik
Selain itu .....                       kita sepatutnya .....
Seterusnya ....                     kita haruslah .....
Oleh itu ...                           kita dikehendaki
Akhirnya ....                        kita sewajarnya ...

Tulis dalam satu perenggan

5.  Semak jawapan
     -    Ejaan
     -    Tanda bacaan

Formula ingatan nilai murni  RMT  - SBT


R   -    rajin / ramah / rendah diri / rasional
M  -    menghargai / menghormati / menepati
T   -    tanggungjawab / tekun / telus / tulus ikhlas / tabah


S  -     sayang / simpati / syukur / sabar / sopan
B  -    baik hati / berdisiplin / berhemah / berdikari / bertimbang rasa
T  -    taat / toleransi


Berikan nilai-nilai murni bagi pernyataan berikut :


1.     Siti sentiasa menolong ibunya mengemas rumah dan menyiram pokok bunga


       Nilai murni :  -------------------------------


2.    Ali membantu lelaki buta melintas jalan


      Nilai murni :   -------------------------------


3.  Sarimah mencuci kasut sekolahnya sendiri tanpa meminta pertolongan kakak


     Nilai murni : --------------------------------


4.  Ramli memberi ucapan selamat pagi semasa berjumpa gurunya


     Nilai murni : ------------------------


5.  Ahmad memberi wang RM 1.00 kepada pengemis.


    Nilai murni : ------------------------------






...Berilmu Beriman Beramal...
hr/ >