1. BAHASA SANSKRIT
Nama tubuh badan – bahu, kepala, muka, rupa.
Bahan perdagangan – neraca, laba, kedai, kodi.
Alat perkakas – pili, jala, sutera.
Ilmu pengetahuan – guru, pujangga, bahasa, sastera,
bijaksana.
Nama binatang – gajah, singa, serigala, angsa, kuda.
Tumbuh-tumbuhan – biji, cempaka, cendana, delima,
kasturi.
Senjata – cemeti, sauku (cambuk), sena (tentera).
Perkataan agama – dosa, syurga, neraka, agama, puasa.
2. BAHASA ARAB – Islam, rukun, hisab, hakim, fikir,
zalim, istiadat, insan, wujud, roh.
3. BAHASA PARSI – pesona, nobat, nakhoda, dewan,
bandar, johan, kapur, piala,
takhta, istana.
4. BAHASA HINDUSTANI – Boria, ganja, gusar,
bendahari, cukai, hapus, roti,
cuti, kerani, topi.
5. BAHASA CINA – kuih, tauge, tauhu, tahil, candu,
nyonya, ponteng, congkak,
sampan, banci, loteng.
6. BAHASA JAWA DAN SUNDA – luntur, lakon, wayang,
ayu, buntu, obor, gusti,
oleh-oleh, enak, kacau,
perabot, pamer, tulen.
7. BAHASA PORTUGIS – baldi, bangku, meja, kebaya,
kemeja, keju, sekolah,
palsu, mentega, keranda, peluru,
sepatu, tuala, renda,
pita, garpu, bomba, bola, baldi,
pelekat, paderi, merinyu.
8. BAHASA BELANDA – duit, engsel, senapang, laci,
geladak, kamar, ongkos,
rokok, kantor, arloji.
9. BAHASA INGGERIS – botol, setem, majistret, elaun,
telefon, beg, muzik,
piano, ekonomi, komputer,
internet.
“Sesuatu bahasa meminjam kerana tidak cukup istilah. Proses peminjaman merupakan salah satu cara yang diambil oleh semua bahasa untuk berkembang. Ada cara lain juga untuk berkembang, misalnya, mencipta istilah sendiri. Ini dilakukan oleh semua bahasa, tetapi prosesnya lebih lambat. Yang paling senang adalah dengan meminjam sahaja – proses meminjam dalam bahasa tidak dianggap memalukan”.
(Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim)
0 5000 Kata Teima Kasih Cikgu:
Catat Ulasan