BAHASA MELAYU BAHASA CINTA...PERIBAHASA HARI INI> BAGAI ENAU DALAM BELUKAR ,MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING
Views



 
KERTAS CADANGAN
USAHA-USAHA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

1.0            PENDAHULUAN
Isu bahasa Melayu yang semakin terpinggir masih hangat dibincangkan. Justeru, usaha-usaha memartabatkan bahasa Melayu wajar dilakukan oleh semua pihak demi menjaga kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia.

2.0       OBJEKTIF
2.1       Menanam kecintaan dan rasa megah terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
2.2       Memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa.
2.3       Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa.

3.0       AKTIVITI/PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
3.1       BULAN BAHASA
Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan dalam Bulan Bahasa ini seperti yang berikut:
i.       Pertandingan syarahan/pidato
ii.     Pertandingan mengarang
iii.   Pertandingan berbalas pantun
iv.   Pertandingan bahas
v.     Pertandingan melukis poster
vi.   Pertandingan mencipta lagu
vii. Ikrar Bahasa
viii.   Pertandingan puisi dan lagu
viii.    Pertandingan bercerita
viii.         Pertandingan teater
ix.   Pertandingan Drama BM
x.     Kuiz bahasa

3.2 SEMINAR
Seminar-seminar yang memfokuskan pemartabatan Bahasa Melayu juga akan diadakan.  Seminar-seminar itu seperti berikut:
i.          Seminar Pemartabatan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.
ii          Kongres Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.
iii.             Seminar Pemartabatan Guru-guru Bahasa Melayu.
iv.             Persidangan Bahasa Melayu Serantau.

3.3  MEMARTABATKAN GURU DAN PEGAWAI-PEGAWAI BAHASA MELAYU
Pemartabatan Bahasa Melayu berhubung secara signifikan dengan pemartabatan guru dan pegawai-pegawai bahasa Melayu.  Justeru, berikut dicadangkan beberapa strategi pemartabatan guru dan pegawai-pegawai bahasa Melayu.
i.       Setiap guru/pegawai mesti menghasilkan karya dalam BM.
ii.     Kualiti pengambilan guru – hanya guru yang mendapat A1 dalam SPM.
iii.   Komputer riba diberikan kepada semua guru BM dan Pegawai BM.
iv.   Bayaran Insentif diberikan kepada semua guru dan pegawai BM.
v.     Tokoh Bahasa – wujudkan di peringkat Daerah/Bahagian, Negeri dan Kebangsaan.
vi.   Hanya guru opsyen BM mengajar mata pelajaran BM.
vii. Semua guru bahasa Melayu diwajibkan menghasilkan dan membentangkan Kajian Tindakan.
viii.         Pemantauan pengajaran & pembelajaran berkala menggunakan borang khusus.
ix.   Menubuhkan sistem taulan di kalangan guru bahasa.

3.4       PROGRAM KEBAHASAAN SERANTAU
Program kebahasaan ini mestilah melibatkan negara-negara serantau dan program-program yang dicadangkan seperti berikut:
i.                 Pertandingan syarahan
ii.               Pertandingan mengarang
iii.             Pertandingan berbalas pantun
iv.        Pertandingan bahas (antara universiti di rantau Asean)
v.         Pertandingan melukis poster
v.               Pertandingan mencipta lagu
vi.             Ikrar Bahasa
vii.           Pertandingan mencipta puisi dan mendeklamasi puisi
viii.         Pertandingan bercerita
ix.             Pertandingan teater
x.               Pertandingan Drama BM
xi.             Kuiz bahasa dan sastera
xii.           Pertandingan mencipta slogan dan motto

3.5 LAMAN WEB BAHASA MELAYU
Selaras dengan kemajuan ICT, laman web bahasa Melayu hendaklah diwujudkan.  Laman web ini merangkumi:
i.          Bicara bahasa
ii.               Forum bahasa
iii.             Pengajaran & pembelajaran bahasa
iv.             Isu-su bahasa
v.               Guru cemerlang
vi.             Tokoh-tokoh bahasa dan sastera
vii.           Bahan-bahan ilmiah Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu

3.6       MEMPERKASA P&P BAHASA MELAYU
i.          Melengkapkan makmal bahasa di semua sekolah
ii.               Menghasilkan perisian P&P bahasa Melayu

3.7       KELAB BAHASA
Penubuhan Kelab Bahasa di peringkat:
i.                 Sekolah
ii.               Kampung/Mukim
iii.             IPTA/IPTS/Maktab-maktab Perguruan
iv.             DUN

3.8       MENAMBAH BAHAN BACAAN BM
i.          Satu sekolah menghasilkan satu buku
ii.               Satu ADUN menghasilkan satu buku
iii.             Satu ADUN membina sebuah perpustakaan

3.9            CADANGAN-CADANGAN LAIN
i.                 Menubuhkan Kementerian Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.
ii.               Menyediakan Peruntukan khas untuk pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
iii.             Penguatkuasaan akta/peraturan/pekeliling tentang bahasa kebangsaan di sekolah, PPD dan JPN.
DISEDIAKAN OLEH:
  1. HJ. MUHAMAD ARIFF BIN YAAKOB – JPN KEDAH
  2. EN. ABU TALIB BIN ABDULLAH – JPN JOHOR
  3. HJ. HARIS AB. GHANI – JPN KELANTAN
  4. EN. AWANG JAYA BIN AWANG DAMIT – JPN SABAH
  5. EN. MOHAMAD YUSOF DERAMAN – JPN TERENGGANU
  6. EN. AHMAD ZAKUAN BIN MOHD. RAZI -  JPN PERAK
  7. PN. RABIAH YAHAYA – JPN PERLIS
  8. EN. ZULKIFLEE BIN OTHMAN – JPN PULAU PINANG
  9. EN. SAHARUDIN MD. BAHAR – JPN NEGERI SEMBILAN
  10. EN. HJ. MANSOR AB. HAMID – JPN PULAU PINANG











...Berilmu Beriman Beramal...
hr/ >

0 5000 Kata Teima Kasih Cikgu: