BAHASA MELAYU BAHASA CINTA...PERIBAHASA HARI INI> BAGAI ENAU DALAM BELUKAR ,MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING

Akta Bahasa

Views


 

PENYATA JAWATANKUASA PELAJARAN 1956
- PENYATA RAZAK

“Oleh itu bahasa Melayu mestilah dipelajari di dalam semua sekolah dan kami cadangkan mengajar bahasa Melayu kepada semua murid dan mempelajarkan bahasa Melayu oleh murid-murid itu dijadikan syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di dalam semua sekolah.”
                                   (Penyata Razak, 1956, halaman 4)



PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

ARTIKEL 152(1):
Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen.

Dengan syarat bahawa:
(a)         tiada seorang pun boleh dilarang atau ditahan 
       daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud,
        lain daripada maksud rasmi), atau daripada
        mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain;

                                                             (31 Ogos 1957)


AKTA DBP PINDAAN DAN PELUASAN 1995 

            Perkara 5(a)(i):


“untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi”.

Perkara 5(c)(iv):

“untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuasa”.

Seksyen baru 6A:

“Lembaga hendaklah menjadi pihak berkuasa penyelaras yang tunggal berkenaan dengan membentuk, mencipta dan membakukan istilah-istilah dalam bahasa kebangsaan


...Berilmu Beriman Beramal...
hr/ >

0 5000 Kata Teima Kasih Cikgu: